Thursday 30 June 2011

Banjir....

Telok Kemang 30 Jun 2011: Hujan lebat yang turun mencurah pada malam semalam telah mengakibatkan kelas prasekolah SKTK sekali lagi diliputi oleh banjir lumpur. Ruang dapur , Ruang Makan dan ruang menunggu dipenuhi oleh lumpur sehinga paras buku lali. Seawal pagi PPM dengan dibantu oleh pekerja sekolah Kak Nani dan Pakcik Samad telah bertungkus - lumus membersihkan kawasan yang terjejas.


.





Tuesday 28 June 2011

Selamat Menyambut Israk Mikraj 1432 Hijrah

PERISTIWA Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Rasulullah SAW dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah kepada Baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya. Peristiwa itu mengandungi banyak pengajaran yang perlu dijadikan teladan oleh umat Islam bagi menimbulkan keinsafan dalam diri mereka. Antaranya:Kuasa Allah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya seperti membawa Rasulullah SAW dari kota Makkah ke Baitulmaqdis serta dibawa menghadap ke hadrat-Nya di Sidratil Muntaha dalam tempoh singkat iaitu satu malam.Perkara itu kerana apabila Rasulullah menceritakan peristiwa ini kepada masyarakat umum di Makkah, mereka mentertawakan Baginda. Hanya Saidina Abu Bakar mempercayai kata-kata Rasulullah SAW dan beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud orang yang benar.Sebelum Rasulullah SAW diIsrakkan, Baginda menjalani suatu ‘pembedahan’ untuk membersihkan hati serta dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat.Ini menunjukkan bahawa pada peringkat pertama untuk bertemu Allah, kita perlu membersihkan diri dan jiwa daripada pelbagai sifat buruk serta menanamkan sifat baik dan ihsan dalam diri. Dengan jiwa tenang, penuh keimanan dan ketakwaan, kita akan beroleh kemudahan untuk bertemu dan menghadap Allah.Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami Rasulullah SAW ketika Israk bersama malaikat Jibril memberikan gambaran menyeluruh perihal manusia di bumi ini dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan, sementara yang lain kekal dalam kemaksiatan.Manusia akan diadili berdasarkan amalan mereka dan menerima balasan yang setimpal daripada Allah berpandukan kepada apa dikerjakan.Allah juga menunjukkan kepada Rasulullah SAW serta umatnya iman dan akidah teguh adalah asas kepada sifat keIslaman sejati dan akan diberi balasan baik oleh-Nya.Rasulullah SAW memilih susu berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibril.Ini jelas menunjukkan bahawa susu adalah minuman berkhasiat. Arak pula tidak disukai Baginda dan Allah kerana memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada mengingati Allah.Beberapa tempat disinggahi Rasulullah SAW untuk mengerjakan solat seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa adalah tempat yang terpilih dan mulia. Oleh itu, jika kita berkesempatan untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di tempat itu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula daripada perintah umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50 kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah SAW sebagai kekasih-Nya berulang kali (sebanyak sembilan kali), Allah mengurangkannya kepada lima kali saja sehari semalam seperti yang kita kerjakan hari ini.Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi adalah ayat suci al-Quran banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah kepada Rasulullah SAW ketika mengadap-Nya.Kejadian yang berlaku perlu diperhalusi oleh umat Islam bagi memantapkan akidah dan keimanan kita.

Aktiviti dan Kejayaan Prasekolah...




Hari ke2 Tutorial pembinaan blog Prasekolah @ Hotel Vistana KL

Monday 27 June 2011

Baa baa black sheep

berkongsi idea dan bbm

http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/

Penarafan 5 Bintang Prasekolah SK Telok Kemang


 Terima kasih


Five little ducks went out one day....

Aktiviti Pra SKTK 2011: Rawatan Pergigian dan Kesihatan

Jururawat sedang menunjukkan cara memberus gigi dengan betul




Mari memberus gigi ye adik-adik...

Sambutan Maulidur Rasul....





Program Profesionalisme Guru - guru Prasekolah JPNS 2011

27 - 28 Jun 2011: Sepanjang 2 hari ni kita cerita tentang pembinaan blog prasekolah untuk lonjakan 6 Bintang bagi kelas-kelas prasekolah di Negeri Sembilan......