Wednesday 7 December 2011

Salam Perpisahan......
Tanggal 18 November 2011 merupakan hari terakhir aku ( Hairul Azizi Izili ) berkhidmat di SK Telok Kemang. Insyaallah selepas ini aku akan berpindah ke sebuah sekolah di daerah Seremban . Sepanjang aku berada di SK Telok Kemang ini pelbagai kejayaan telah aku kecapi bersama warga SKTK dan warga Prasekolah SKTK khususnya . Semoga ia akan menjadi kenangan  terindah yang akan ku pahat dalam kamus hidupku. Blog ini juga akan bertukar tangan kepada Penyelaras yang baru iaitu Pn Hafizah Bt Hj Ismail. Sudah tentu blog ini akan sentiasa aku lawati untuk menjenguk aktiviti-aktiviti rakan di sini. Insyallah kita akan ketemu lagi di lain hari....mungkin di Jusco atau mungkin kita  akan jumpa di Pantai Telok Kemang. Seremban dan PD kan dekat....Terima kasih kepada Guru Besar , En. Hamzah Bin Jantan yang telah memberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai penyelaras di prasekolah selama 2 tahun ini. semua GPK yang memberi tunjuk ajar dan kepakaran dalam menjayakan program di pkt prasekolah,  Buat Kak Ros terima kasih kerana banyak membantu sepanjang menjadi PPM di Pra Mutiara , , Kak CT terima kasih juga banyak membantu dalam urusan2 fail dan kewangan prasekolah , juga pada cik shikin yg banyak bantu dalam menyiapkan dokumen2 dan pengkomputeran , guru2 Pra SKTK kak Wana dan Hafizah terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan bekerjasama  dalam mengurus prasekolah warga SKTK dan semua pembaca blog Langkah Pertamaku / Prasekolah SKTK. Semoga berjumpa lagi..mohon maaf kepada semua andai ada yg tersilap bicara.dan terkasar perlakuan ..kalau ada sumur diladang , boleh saya menumpang mandi , kalau ada umur yang panjang , boleh kita berjumpa lagi.....
Sekian.....Izinkan aku pergi.. 

Monday 10 October 2011

Kejohanan Balapan Dan Padang SK Telok Kemang 2011

Telok Kemang : Pada 9 Oktober 2011 ( Ahad ) SK Telok Kemang telah mengadakan acara sukan yang gilang gemilang di Kompleks Rakan Sukan Telok Kemang. Dalam Kejohanan Balapan dan Padang ini murid murid prasekolah SKTK telah turut memeriahkan suasana  dalam acara sukaneka. Terdapat 4 acara yang dipertandingkan.
1. Lari bawa bola pingpong dalam sudu .
2. Baling pundi kacang dalam bakul
3. Lari bawa bola.
4. Andaman Ekspress
 
 

 

 

 Murid - murid bertanding mewakili kelas masing-masing , Pra Intan , Pra Berlian dan Pra Mutiara. Acara Sukaneka Prasekolah telah menjadi tumpuan semua tetamu yang hadir dengan aksi mencuit hati dari murid-murid. Guru dan PPM turut bersemangat melatih dan memberi sokongan kepada anak didik masing-masing. Murid-murid prasekolah turut  menyertai acara perbarisan kontijen sukan, walaupun tidak bertanding mereka tetap bersemangat dan bergaya. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru , PPM dan Guru Praktikum yang turut hadir walaupun praktikum mereka telah pun berakhir. Terima Kasih , terima kasih , terima kasih..Majulah Sukan Untuk Negara , Sukan Untuk Semua.

Monday 3 October 2011

Lawatan Prasekolah SK Telok Kemang ke Melaka 2011

1 Okt 2011 : Seramai 53 orang dari 75 orang murid Prasekolah SKTK telah mengikuti satu program lawatan ke Negeri Melaka yang bertujuan memberi pengalaman dan pendedahan kepada murid tentang tempat- tempat  menarik di Malaysia disamping mengaitkan pengalaman yang dilalui dengan tema yang telah dipelajari di dalam kelas. Tempat-tempat yang telah dilawati iaitu Zoo Melaka , Planetarium dan Menara Tamingsari. Seramai 22 orang guru ,PPM dan AJK waris telah menjadi pengiring. Terima kasih diucapkan kepada semua Guru, PPM dan AJK Waris yang terlibat dalam menjaga keselamatan dan kebajikan murid-murid  sepanjang lawatan ini dijalankan. Jasamu tetap kami kenang......... 


 











Tuesday 9 August 2011

Pemilihan Murid Memasuki Kelas Prasekolah KPM bagi Sesi 2012



Pendaftaran Prasekolah SKTK sesi 2012 telah dibuka !


Sila hadir ke Kelas Prasekolah SK Telok Kemang untuk mendapatkan borang permohonan.
 Tarikh : Mulai 8 Ogos 2011
 Tarikh akhir hantar borang : 15 September 2011
 Sila bawa dokumen asal berikut semasa membuat permohonan :
 a) Sijil lahir / my kid kanak-kanak ( pemohon )
 b) Kad pengenalan Ibu-bapa/penjaga
 c) Slip gaji / penyata pendapatan bulanan


Keputusan  oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
Keputusan pemilihan akan dihantar melalui pos kepada semua pemohon sebelum atau pada 20 November 2011.
Pendaftaran murid prasekolah akan dijalankan pada bulan Disember 2011 .




Syarat-Syarat kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM

Syarat-syarat bagi memasuki kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia Sahaja - Merujuk kepada peraturan-peraturan (penerimaan kemasukan murid ke sekolah rendah).

ii. Kanak-kanak yang mencapai umur 5 tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.

iii. Mengikut pendapatan perkapita berdasarkan pendapatan Garis Kemiskinan.

iv. Merit berdasarkan ranking pendapatan ibubapa/penjaga dari rendah ke tinggi. Kadar jumlah murid bagi setiap kelas ialah tidak lebih daripada 25 orang.

v. Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa prasekolah.

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua tetamu Blog Pra SK Telok Kemang , Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mendidik dan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak prasekolah tentang amalan berpuasa ,  dibulan Ramadhan tahun ini ramai juga murid prasekolah  yang berpuasa.. Sebagai orang yang lebih tua dari mereka wajar bagi kita untuk melatih anak- anak ini berpuasa..sedikit renungan untuk ibu-bapa dan guru....

Latih kanak-kanak berpuasa ikut kemampuan 
Sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud: Diangkat pena itu kerana tiga perkara: Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa, orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Agama Islam menjaga sifat semula jadi manusia. Kanak-kanak harus dilatih sejak kecil lagi supaya mahir melakukan ibadat dan taat kepada Allah s.w.t..
Rasulullah bersabda yang bermaksud: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
Puasa juga dikira ibadat dan kewajipan seperti sembahyang. Kita wajib melatih anak-anak menunaikan ibadat ini.
Tahap umur berapakah latihan ini mesti dilakukan? Tidak semestinya semasa umur kanak-kanak itu tujuh tahun kerana puasa lebih susah daripada sembahyang. Terpulanglah kepada kemampuan kanak-kanak tersebut.
Jika bapa atau penjaganya mendapati kanak-kanak itu sudah mampu berpuasa, bolehlah dia melatih anaknya berpuasa beberapa hari pada setiap bulan, setahun demi setahun. Misalnya dalam setahun dia melatihnya berpuasa sebanyak tiga hari, pada tahun yang lain selama seminggu, seterusnya dua minggu dan sehingga sebulan penuh. Apabila dia telah baligh, dan ditaklifkan berpuasa, dia tidak lagi susah untuk mengerjakan puasa kerana sudah biasa dan mahir.
Inilah cara Islam melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi dengan adab-adab Islam dan kewajipan-kewajipannya.
Seorang penyair berkata, maksudnya:
Adab itu bermanfaat semasa kecil, ia tidak memberi faedah lagi ketika telah dewasa.
Dahan yang lembut mudah teguh bila dilentur...
Dan akan menjadi keras (tidak lembut) bila ia telah menjadi kayu.
Ibu bapa dan penjaga hendaklah membiasakan anak-anak mereka, sama ada lelaki atau perempuan, berpuasa dan sembahyang. Sembahyang diajar ketika umur mereka tujuh tahun dan jika enggan bersembahyang pada umur sepuluh tahun mereka hendaklah dipukul.
Puasa pula dilatih ketika mereka mampu melakukannya walaupun umur melebihi tujuh tahun. Penjaga seperti ayahnya boleh menyuruhnya berpuasa.
 



Petikan dan Sumber:
Dr. Yusuf al-Qardawi, Fatwa Masa kini (Terjemahan 1 & 2), Pustaka Salam Sdn. Bhd..

Wednesday 27 July 2011

Tema Sayur-Sayuran : Membuat Salad Sayuran

Bahan-bahan untuk membuat salad sayuran
di agihkan kepada murid

Syahid dan Nabil mencampurkan sayuran
 dalam mangkuk yang disediakan.

Semua bahan di gaul bersama mayonis.

Salad yang telah siap di gaul.

Insyirah dan Haziq menunjukkan Salad Sayuran
 yang siap untuk dimakan.