Tuesday 9 August 2011

Pemilihan Murid Memasuki Kelas Prasekolah KPM bagi Sesi 2012



Pendaftaran Prasekolah SKTK sesi 2012 telah dibuka !


Sila hadir ke Kelas Prasekolah SK Telok Kemang untuk mendapatkan borang permohonan.
 Tarikh : Mulai 8 Ogos 2011
 Tarikh akhir hantar borang : 15 September 2011
 Sila bawa dokumen asal berikut semasa membuat permohonan :
 a) Sijil lahir / my kid kanak-kanak ( pemohon )
 b) Kad pengenalan Ibu-bapa/penjaga
 c) Slip gaji / penyata pendapatan bulanan


Keputusan  oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
Keputusan pemilihan akan dihantar melalui pos kepada semua pemohon sebelum atau pada 20 November 2011.
Pendaftaran murid prasekolah akan dijalankan pada bulan Disember 2011 .




Syarat-Syarat kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM

Syarat-syarat bagi memasuki kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia Sahaja - Merujuk kepada peraturan-peraturan (penerimaan kemasukan murid ke sekolah rendah).

ii. Kanak-kanak yang mencapai umur 5 tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.

iii. Mengikut pendapatan perkapita berdasarkan pendapatan Garis Kemiskinan.

iv. Merit berdasarkan ranking pendapatan ibubapa/penjaga dari rendah ke tinggi. Kadar jumlah murid bagi setiap kelas ialah tidak lebih daripada 25 orang.

v. Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa prasekolah.

1 comment:

Prasekolah SKTK said...

Sehingga hari ini ( 10.8.2011 ) Pra SKTK telah menerima 40 permohonan untuk memasuki kelas prasekolah SKTK bagi sesi 2012....sesiapa yg masih belum memohon sila hadir segera ke prasekolah.